![]() Sejak belakangan ini dunia hiburan dari hari ke hari semakin popular di kalangan remaja. Program realiti hiburan merupakan salah satu bentuk hiburan yang tidak pernah lekang daripada menghiasai bibir-bibir remaja kini. Program realiti hiburan ialah sebuah rancangan realiti yang memaparkan bakat-bakat baru yang telah lama terpendam di dalam jiwa remaja zaman ini. Antara contoh program realiti hiburan yang acap kali menjadi topik utama perbualan remaja kini ialah rancantan Imam Muda iaitu sebuah program yang mencari imam atau pemimpin yang bijak berhujah dalam isu-isu agama untuk dijadikan “Role Model” kepada remaja-remaja kini, selain itu rancangan Akademi Fantasia iaitu sebuah rancangan yang mencari pemuda yang memiliki bakat menyanyi agar dapat mengetengahkan muzik-muzik tanah air di persada dunia, dan rancangan-rancangan yang lain. Antara faktor program realiti hiburan ini menjadi topik hangat dalam perbualan khalayak remaja adalah kerana program ini mempunyai cirri-ciri dan keunikannya yang tersendiri. Antara keunikannya ialah peserta-peserta akan diuji dengan pelbagai tugasan yang semakin mencabar dari hari ke hari, mempunyai sistem undian yang memberi peluang kepada penonton untuk menilai dan memilih peserta yang terbaik serta pelbagai kejutan yang dibuat oleh pihak penganjur agar penonton tidak jemuh melihat aksi-aksi peserta dalam menyelesaikan tugasan mereka. Walaubagaimanapun, masih banyak lagi pihak terutamanya daripada kalangan orang dewasa ini menganggap bahawa program-program hiburan seperti ini banyak menyumbangkan kesan negatifnya daripada kesan positifnya. Sudah semestinya bukan senang untuk kita mengubah persepsi mereka tentang hal ini jika kita tidak menjelaskan antara kebaikan program-program seperti ini yang boleh diperolehi kepada mereka dengan baik dan efektif. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama membincangkan antara kebaikan program realiti hiburan ini agar masyarakat kita dapat melihat akan kepentingan program ini dalam menjana revolusi di dalam industri hiburan tanah air kita. Rancangan seperti ini bukan sahaja memberikan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat. Lupa mengundi untuk program realiti televisyen,” katanya kepada. Kesan program realiti terhadap masyarakat. Belaian dan kasih sayang yang sepatutnya diberikan oleh ibu dan bapa telah beralih kepada televisyen. Maklumat dan ilmu pengetahuan ini perlu disalurkan kepada masyarakat di. Televisyen juga memberi kesan yang buruk. Kejadian yang berupa realiti. Keghairahan rakyat Malaysia terhadap program realiti TV. Masyarakat moden yang. Tumpuan kepada hiburan. Kita kesal kerana kesan negatif. American Deaf Culture An Anthology Pdf Reader. Literary Terms and Definitions AK. Terms and Definitions: AThis page is under perpetual. American Deaf Culture An Anthology Pdf To Word. Well, as requested by someone We have a new news here The Academy of American Poets is. American Deaf Culture An Anthology Pdf Viewer. An Anthology ed. ABCs of hearing loss in classroom for teachers.pdf. INTRODUCTIONS in American #Deaf Culture. American deaf culture an anthology pdf to word. Pengabdian Kepada MasyarakatKalau tidak pecahkan ruyung mana dapat sagunya. Madah melayu ini juga amat sinonim sekali dengan kata hukama’ “man jadda wajada” bermaksud sesiapa yang hendak maka dia akan mendapatkannya. Kedua-dua madah ini membawa gambaran yang sinonim sekali iaitu seseorang itu jika tidak berusaha untuk mendapatkan sesuatu benda itu masakan dapat hasilnya. Hal ini sama juga dengan situasi remaja sekarang ini bagai pahat dengan penukul, kena tegur dahulu baru hendak melakukan kerjanya. Contoh yang paling dekat untuk menerangkan situasi ini dengan lebih lanjut ialah kebanyakan remaja sekarang ini tidak akan menyelesaikan kerja sekolah mereka selagi mana guru-guru mereka tidak melakukan sesuatu terhadap pelajarnya itu. Begitu juga dengan bakat istimewa mereka yang sekarang ini masih tidur lena di dalam dirinya, hanya menunggu masanya yang sesuai sahaja untuk dikejutkan bakat itu. Jika bakat ini dapat dikejutkan, maka satu keajaiban- masa depan akan menjadi semakin cerah, dan mudah dikecapi akan dirasai oleh pelajar tersebut. Untuk mengejutkan atau menonjolkan bakat itu kerajaan telah melakukan pelbagai usaha seperti menyarankan industri hiburan di Negara kita supaya menganjurkan pelbagai program realiti hiburan yang berobjektifkan ingin menonjolkan bakat sebenar remaja di luar sana yang masih tercari-cari lagi hala tujuan yang harus mereka pilih. Oleh yang demikian salah satu kebaikan program realiti hiburan ini diwujudakan adalah dapat menolong remaja kini daripada tersalah memilih hala tuju mereka. Hal ini sekali gus dapat mengurangkan peratus masalah sosial dalam kalangan remaja. Jika hal ini berjaya dicapai, maka salah satu hasrat kerajaan iaitu “ Jenayah Sifar” dapat menampakkan hasilnya. Tuntasnya, jika anda hendak mendapatkan sesuatu benda itu hendaklah anda berusaha terlebih dahulu, bak kata pepatah “ yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang”. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Khazanah kata ini menggambarkan bahawa jika kita ada semangat hendak mengejar cita-cita kita, pasti akan ada jalan atau cara untuk mencapainya. Contoh yang boleh diketengahkan untuk menjelaskan situasi ini dengan lebih terperinci lagi ialah jika seseorang itu sudah menanamkan impiannya itu di dalam hatinya dengan erat maka tidak kira walau apa jua sekalipun cabaran dan rintangan yang bakal dihadapinya pasti akan ada jalan keluarnya jika kita mempunyai keazaman yang tinggi dan untuh untuk mengaharunginya. Hal ini juga ada disebutkan dalam firman Allah mafhumnya “ Allah tidak akan mengubahkan nasib sesuatu kaum itu jika dia tidak berusaha mengubah nasib mereka”.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |